Tiga pasangan berkhalwat diarah naik van jenazah  - Utusan Malaysia

Tiga pasangan berkhalwat diarah naik van jenazah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM – Tiga pasangan kekasih dibawa ke Balai Polis Kulim di sini dengan menaiki van jenazah selepas ditahan kerana disyaki berkhalwat di rumah tumpangan dan hotel bajet di sekitar daerah ini awal pagi ini.

Serbuan Ops Bajet 2 oleh Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) itu dilakukan antara pukul 11.30 malam semalam hingga 3 pagi tadi.

Pegawai Penguat Kuasa PADK, Anwar Shariffudin Mad Saad berkata, serbuan tersebut dilakukan bagi memastikan semua rumah tumpangan dan hotel bajet di daerah ini bebas daripada sebarang perlakuan maksiat.

Kata beliau, antara yang ditahan ialah seorang pelajar perempuan tingkatan 4 sebuah sekolah menengah di Selama, Perak bersama teman lelakinya berusia 21 tahun di sebuah rumah tumpangan di Jalan Lunas di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam semalam.

“Selain pelajar perempuan dan teman lelakinya itu, kita turut menahan dua lagi pasangan berusia antara 18 hingga 44 tahun masing-masing di rumah tumpangan di Jalan Lunas dan hotel bajet di Keladi kerana disyaki melakukan kesalahan sama.

“Kesemua mereka kemudian dibawa menaiki sebuah van jenazah milik Masjid Jamiul Makmur Kulim ke balai polis untuk membuat laporan dan rekod tangkapan sebelum dijamin waris masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN