GUA MUSANG – Perjalanan pulang empat sekeluarga untuk menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung tidak kesampaian apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 31, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dalam kejadian pukul 2.40 pagi itu, kereta Perodua Myvi dinaiki empat sekeluarga itu dipercayai terbabas ke dalam cerun sebelum melanggar tiang elektrik.
Mangsa yang maut dalam kejadian itu ialah penumpang belakang, Maslan Hassan, 55, dan anak perempuannya, Nur Fashiera Mohammad Rusdi, 25, serta pemandu kereta, Muhammad Faiziel.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











