KUALA LUMPUR 8 Ogos – Tiga wanita ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan kanak-kanak. Ketiga-tiga suspek berusia antara 25 dan 55 tahun itu ditahan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak dan wanita di Bukit Beruntung Hulu, Selangor. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada pemilik dan penjaga pusat jagaan terbabit. Ujarnya, penahanan itu dilakukan susulan laporan…










