KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan meminda semula Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja untuk meneliti dan memperkenankan sesuatu Rang Undang-Undang (RUU).
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berkata, ini kerana Perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan berkaitan hal berkenaan telah dipinda sebanyak tiga kali sebelum ini.
“Akta itu telah dipinda tiga kali melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1983, 1984 dan 1994. Pindaan yang dibuat pada 1994 ke atas 4 dan 4A Perkara 66 bertujuan memastikan satu RUU tidak ambil masa terlalu lama untuk menjadi undang-undang setelah diluluskan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara) dan dipersembahkan untuk diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.
“Dengan pindaan itu, melainkan hal-hal yang menyentuh keistimewaan raja-raja, RUU tetap akan menjadi RUU setelah habis tempoh 30 hari diluluskan Parlimen,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











