Tiada sumbangan lembu korban di Perlis Aidiladha ini - Utusan Malaysia

Tiada sumbangan lembu korban di Perlis Aidiladha ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Kerajaan negeri Perlis tidak meneruskan tradisi menyumbangkan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha bulan ini kepada 60 agensi dan 15  kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti sebelum ini.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, keputusan itu bersifat kritikal kerana peruntukan untuk lembu korban melibatkan perbelanjaan yang terlalu besar.

“Wang itu sebenarnya dapat digunakan untuk pembangunan lain yang lebih memanfaatkan rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini juga sebagai salah satu langkah penjimatan yang dilakukan kerajaan negeri kerana pada tahun lalu kos untuk lembu korban hampir RM900,000.

“Jika dilaksanakan pada tahun ini, peruntukan lebih RM1 juta untuk membeli lembu korban semata-mata,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Warisan di sini hari ini.

Azlan yang berusia 60 tahun berkata sedemikian selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis hari ini.

Pada majlis itu, beliau turut melancarkan Kempen Mengibar Jalur Gemilang.

Harga lembu korban import terutama dari Thailand bermula RM4,760 hingga RM5,600 bergantung pada saiz dan jenis haiwan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN