KUALA LUMPUR – Pembelian hartanah oleh warga asing, tanpa mengira kewarganegaraan tidak menjamin secara automatik mendapat status penduduk tetap negara ini. Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, bahawa Malaysia mengenakan syarat-syarat tertentu berhubung pembelian hartanah oleh rakyat asing dan maklumat mengenai syarat-syarat tersebut boleh diperoleh dalam carian umum. Untuk warga asing yang ingin menjadikan Malaysia sebagai kediaman tetap mereka, ada program yang diperkenalkan oleh…










