Wajah Mohammad Nor Aqil Zayan Norhanizam ketika pulang dari rumah neneknya pada petang itu tidak ceria seperti kebiasaannya. Kanak-kanak tersebut kelihatan lemah tetapi ibunya, Noramiza Mohd. Amin, 28, menyangka anak sulungnya itu demam biasa. Susulan daripada situasi itu, dia segera memberikan kanak-kanak berusia setahun enam bulan tersebut sirap parasetamol bagi menurunkan suhu badannya. Pada keesokan harinya, kanak-kanak itu tidak mahu makan dan minum serta tidak boleh tidur. Suhu badannya masih…