Tiada pembayaran balik AES - Utusan Malaysia

Tiada pembayaran balik AES

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 17 Ogos – Tiada pembayaran balik akan diberikan kepada mereka yang telah pun membayar saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebelum ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, daripada kesemua 3.76 juta saman melibatkan sistem itu sejak 2012, hanya sebanyak 18 peratus atau melibatkan hampir RM700,000 sahaja saman AES telah dibayar.

“Saya mengambil kesempetan memohon maaf kepada mereka yang telah membayar saman ini. Merekq mungkin rasa tidak adil tetapi dengan semangat Hari Raya Korban yang akan datang, kita kena ‘berkorban’ juga jadi tiada bayaran balik,” katanya selepas menyempurnakan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Anthony mengumumkan semua saman AES sejak 2012 bernilai RM435 juta akan dibatalkan serta-merta. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN