PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan belum bersedia untuk menaikkan gaji 1.6 juta penjawat awam namun berjanji untuk melakukannya pada waktu yang bersesuaian. Beliau berkata, kenaikan gaji itu akan memberi kesan kepada kerajaan yang ketika ini sedang memberi tumpuan untuk mengurangkan hutang negara. “Kita mesti memastikan produktiviti meningkat. Kita tidak mahu kos sara hidup yang tinggi. Kita juga tidak mahu gaji meningkat dengan cepat kerana…










