Tiada kelewatan dalam pelaksanaan SST - Utusan Malaysia

Tiada kelewatan dalam pelaksanaan SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak mempunyai pilihan melainkan melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September bagi mengelak akaun semasa negara mengalami defisit, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata, negara akan mengalami kekurangan hasil sebanyak RM4 bilion jika SST tidak dilaksana dan ini akan memberi kesan yang besar kepada prestasi ekonomi kerajaan.

“Sekiranya kita tidak melakukannya, tidak ada pendapatan untuk membiayai perbelanjaan operasi seperti membayar gaji kakitangan kerajaan atau penyelenggaraan bangunan,” katanya semasa taklimat mengenai SST untuk media di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun kerajaan menghadapi beberapa masalah dalam melaksanakan rejim cukai baharu itu, Guan Eng memberi jaminan bahawa isu terbabit akan dapat diselesaikan.

Beliau berkata, kerajaan berharap inflasi tidak akan melebihi dua peratus berikutan pelaksanaan rejim cukai tersebut.

“Tahun lalu, kadar inflasi kita berada pada 3.7 peratus, Tahun ini, kita gembira dengan dua peratus,” katanya.

Bank Negara Malaysia sebelum ini mengunjurkan tahap inflasi akan memurata antara dua dan tiga peratus.

Memandangkan jangkaan kutipan daripada SST dianggarkan RM21 bilion untuk setahun penuh, manakala hasil daripada GST dijangka menjana RM42 bilion, Guan Eng berkata, kekurangan itu akan ditampung oleh pendapatan lebih tinggi Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Khazanah Nasional Bhd, di samping mengkaji semula beberapa projek mega. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini