PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam memberi amaran kepada semua anggota pentadbiran dalam kerajaan termasuk menteri Kabinet bahawa beliau akan menamatkan perkhidmatan mereka sekiranya didapati terlibat dengan rasuah.
Perdana Menteri berkata, tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang belas kasihan.
“Kita perlu tunjuk teladan yang baik. Saya sebenarnya hendak ikut negara China, kalau terlibat rasuah mereka akan ditembak mati tetapi mereka (menteri Kabinet) tidak setuju tentang tembak mati.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Jadi, kalau pegawai kerajaan tunjuk teladan tidak baik mereka perlu keluar daripada perkhidmatan awam, tiada kasihan, tiada pertimbangan, tiada perlindungan, buat salah kita tolak kerana kita hendak tunjuk teladan baik,” tegasnya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











