KUALA LUMPUR – Pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap kos perkhidmatan dan material pembinaan tidak semestinya akan memberi kesan kepada penurunan harga hartanah. Presiden Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), Ezumi Harzani Ismail berkata, ini kerana kos pembinaan merangkumi 30 peratus manakala bakinya, 70 peratus melibatkan kos tanah dan aspek pematuhan yang kian meningkat. “Pengecualian SST yang akan berkuat kuasa 1 September ini tidak bermakna akan memberi pengurangan sebanyak enam peratus…










