KUALA LUMPUR – Tiada halangan untuk mana-mana majikan membayar gaji kepada pekerja secara mingguan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar. Beliau berkata, kerajaan menetapkan peraturan pembayaran gaji seperti yang termaktub dalam Seksyen 19 Akta Kerja 1955 dan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. “Mengikut perundangan dalam negara, kita tiada halangan untuk mana-mana majikan membayar gaji mingguan sama ada secara (berdasarkan) jam, hari, minggu ataupun bulan. Syaratnya adalah tempoh upah tidak boleh…









