The Citizens akur berputih mata - Utusan Malaysia

The Citizens akur berputih mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WOLVERHAMPTON – Skuad Manchester City kempunan untuk meraih tiga mata penuh pada aksi ketiga Liga Perdana England (EPL) selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang pasukan yang baru naik ke liga utama, Wolverhampton malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad The Citizens yang bertandang ke Stadium Molineux dengan reputasi sebagai juara bertahan EPL dilihat gagal meraih sebarang jaringan pada babak pertama perlawanan meskipun berjaya me­nguasai 74 peratus aksi tersebut.

Menjelang babak kedua, City dikejutkan dengan serangan bertali arus pasukan bimbingan Nuno Espirito Santo hingga menyaksikan mereka berjaya meraih gol pembukaan hasil tandukan pemain pertahanan, Willy Boly pada minit ke-57.

Wolverhampton cuba menggunakan peluang tersebut untuk beraksi secara bertahan, namun City berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan padu pemain pertahanan, Aymeric Laporte pada minit ke-69. Ia adalah gol pertama pemain berusia 24 tahun itu sepanjang 11 perlawanan bersama City.

Kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati mengutip satu mata dan ia merupakan mata pertama buat Wolverhampton yang terdahulu tewas pada dua perlawanan berturut-turut.

City yang dibimbing Pep Guardiola setakat ini mengumpul tujuh mata secara keseluruhan selepas tiga perlawanan dan menduduki teratas liga.

Bagaimanapun, kedudukan tersebut bakal dipintas oleh beberapa pasukan yang masih belum beraksi seperti Liverpool, Tottenham Hotspur, Chelsea dan Watford jika meraih kemenangan. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini