JOHOR BAHRU 24 Ogos – Barisan Nasional (BN) negeri berharap semua pihak menerima keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur semalam yang mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen Ayer Hitam kepada BN diterima baik dan secara terbuka.
Keputusan mahkamah berhubung petisyen yang difailkan Pengerusi DAP, Senator Liew Chin Tong bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) parlimen itu juga disambut baik BN Johor.
Pengerusi BN Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, amalan demokrasi dan rule of law dalam negara ini jelas menunjukkan kematangan yang setara dengan negara maju.
“Ini dapat dilihat melalui proses pilihan raya yang diamalkan di negara ini di mana semua pihak boleh mengambil tindakan undang-undang membantah sebarang keputusan yang dibuat
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Maka keputusan mahkamah atas petisyen PRU-14 bagi kawasan Parlimen Ayer Hitam oleh Pengerusi DAP Johor diharap diterima dengan baik semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE











