Tentera darat zon timur tidak lepas peluang laksanakan ibadah korban - Utusan Malaysia

Tentera darat zon timur tidak lepas peluang laksanakan ibadah korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Kemeriahan ibadah korban sempena sambutan Aidiladha turut diraikan oleh warga tentera darat zon timur bertempat di Masjid Solahuddin Al-Ayyubin di Kem Penrissen di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Acara dimulakan dengan takbir raya dan kemudiannya disusuli sembahyang sunat dan khutbah khas Aidiladha yang dipimpin oleh Mejar Suhaimi Mohamed Saman.

Program kemudiamnya diteruskan lagi dengan simbolik penyerahan pisau sembelih oleh Ketua Staf Am Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, Brigadier Jeneral Datuk Kamarol Fauzi Mohd. Said kepada ketua kumpulan penyembelihan. 

Pada tahun ini, lapan ekor lembu dikorbankan dan sebanyak 300 bungkus diagih kepada warga tentera darat dan jemaah yang hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir ialah Ketua Staf Markas 1 Divisyen Kolonel Isa Daud serta para pegawai dan Ahli Bakat di bawah Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN