SAO PAULO 20 Ogos – Presiden Brazil, Michel Temer memanggil satu mesyuarat tergempar melibatkan menteri-menteri utama, semalam selepas mengarahkan tentera ke sempadan Venezuela ketika ketegangan semakin memuncak ekoran kemasukan secara besar-besaran rakyat daripada negara jiran itu ke negara ini. Langkah itu dibuat selepas penduduk di bandar sempadan dekat Pacaraima bertempur dengan pendatang Venezuela dengan mengusir mereka daripada khemah sementara yang dibina pelarian. Temer mengadakan mesyuarat itu di istana presiden termasuk menteri pertahanan, menteri keselamatan dalam negeri, menteri hal ehwal luar bagi membincangkan langkah Brazil terhadap krisis berkenaan. Situasi di Pacaraima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya