Dalam tempoh tidak sampai tiga tahun, pengusaha kek ini yang pada waktu itu hanya beroperasi di rumah, telah berjaya menembusi pasaran di pasar-pasar raya besar (hypermarket) di seluruh negara. Tidak henti-henti memanjat syukur kepada Allah, pasangan suami isteri, Zukahida Kasim dan suami, Onnie Zurin Abu, melihat keadaan yang amat menggalakkan itu sebagai satu kurniaan rezeki yang luar biasa setelah sebelum itu beberapa perniagaan yang ditubuhkan terpaksa ditutup kerana masalah pengurusan…










