JAKARTA – Pertunjukan bunga api yang memukau menerangi bumi Jakarta bagi menyambut lebih 11,400 atlet terbaik di rantau ini selepas jurang masa 56 tahun, pada upacara pembukaan rasmi Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Stadium Gelora Bung Karno di sini, malam ini. Mengetuai perarakan masuk kontinjen Malaysia adalah pembawa Jalur Gemilang, Shakila Salni Jefry Krishnan dan diikuti 115 atlet dan pegawai, dengan disambut tepukan gemuruh 72,000 penonton yang memenuhi stadium. Penyanyi terkenal…










