Teguran Bersih 2.0 diberi perhatian - Utusan Malaysia

Teguran Bersih 2.0 diberi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, teguran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Bersih 2.0 bahawa terdapat pelanggaran kesalahan pilihan raya semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan diambil perhatian dengan serius.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujar Timbalan Perdana Menteri, setiap pilihan raya mestilah berjalan dengan bebas dan adil, justeru, teguran oleh Bersih 2.0 semestinya diambil berat dan kesalahan yang dilakukan adalah tidak wajar diulangi.

“Kita ambil maklum kerana ini adalah budaya baharu dan mestilah kita patuhi. Kita perlu mengikut garis-garis panduan tersebut serta tidak mengulanginya lagi.

“Mungkin kita terbawa-bawa yang lama dan di Sungai Kandis pertama kali diadakan pilihan raya kecil. Kita ambil maklum dan serius tentang perkara ini dan tidak mahu melanggar apa-apa yang tidak sepatutnya serta mahu memastikan pilihan raya mestilah bebas dan adil, “ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran buku Percakapan Dengan Raja Ahmad Aminullah: Kesetiaan Pada Idea di sini, hari ini.

Yang hadir sama ialah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli.

Semalam, Bersih 2.0 dalam satu laporan pemerhatian PRK DUN Sungai Kandis menyenaraikan beberapa kesalahan pilihan raya yang berlaku termasuklah jamuan makanan dan pemberian hadiah atau barangan, penggunaan aset dan program kerajaan serta politik perkauman dan keagamaan – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN