KUALA LUMPUR 26 Ogos – Cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang bakal diperkenalkan bermula 1 September ini dijangka menyebabkan peningkatan harga barang sektor automotif meliputi tayar, alat ganti dan minyak pelincir. ANTON SALLEH HASHIM Beberapa syarikat telah mengeluarkan surat pemberitahuan atau memorandum sejak 1 Ogos lalu berkaitan peningkatan harga ini termasuk jenama terkemuka Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Goodyear Tyre & Rubber Company. Syarikat-syarikat lain yang berbuat demikian…










