HONOLULU 24 Ogos – Angin kencang dan hujan lebat akibat Taufan Lane melanda Hawaii, semalam mengakibatkan banjir kilat, tanah runtuh dan ombak besar memaksa sekolah dan pejabat ditutup ketika penduduk berlindung di bawah tanah untuk mengelak ribut itu. Jurucakap agensi pertahanan awam Hawaii County, Kelly Wooten berkata, Lane masih bergerak di Lautan Pasifik kira-kira 322 kilometer selatan Kailua-Kona dengan membawa hujan sebanyak 30 sentimeter di timur Big Island. Bagaimanapun katanya,…










