TOKYO 23 Ogos – Taufan Cimaron membadai barat Jepun hari ini dengan pakar kaji cuaca meramalkan berlakunya hujan lebat serta tanah runtuh di beberapa kawasan berisiko termasuk di bahagian yang dilanda banjir besar pada bulan lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pejalan kaki meredah hujan berhampiran stesen Tokushima di Tokushima, Jepun kelmarin. – AFP
Cimaron melanda wilayah Tokushima pada pukul 9.00 malam waktu tempatan dan diramal bergerak ke seluruh rantau sebelum tiba di Laut Jepun pada awal pagi esok.
Sehubungan itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Beliau juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan mengeluarakan arahan berpindah kepada penduduk di kawasan berisiko. – AFP











