TASIK bawah tanah yang besar telah dikesan buat kali pertama di Marikh, sekali gus menimbulkan kemungkinan bahawa lebih banyak air atau kehidupan wujud di planet tersebut. Terletak di bawah lapisan ais, tasik itu berukuran kira-kira 20 kilometer (km) lebar, demikian menurut laporan yang diketuai oleh penyelidik Itali dalam jurnal Sains Amerika Syarikat (AS). Ia adalah cecair terbesar yang pernah ditemui di Planet Merah. “Terdapat air di sana. Kami tidak mempunyai…










