Tarikh peperiksaan akhir tahun di Kedah dipinda - KPM - Utusan Malaysia

Tarikh peperiksaan akhir tahun di Kedah dipinda – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Dakwaan tarikh peperiksaan akhir tahun di sebuah sekolah di Kedah diadakan pada 7 November depan iaitu sehari selepas sambutan Deepavali telah dibatalkan dan dipinda ke tarikh yang baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah mengarahkan semua sekolah agar mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kementerian dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). 

“Maka tarikh peperiksaan tersebut telah dibatalkan dan diubah ke satu tarikh yang baharu yang akan dimaklumkan kemudian,” menurut kementerian tersebut ketika mengulas aduan itu yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menuut kementerian itu, pihaknya memandang serius perkara ini dan menyarankan pihak sekolah agar merujuk kepada JPN berkenaan tarikh-tarikh penting.

Katanya, pihak sekolah juga harus sentiasa peka dengan tarikh sambutan perayaan di negara ini.

Masyarakat beragama Hindu di negara ini akan menyambut Deepavali pada 6 November depan. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN