Pemain boling negara, Muhammad Rafiq Ismail mencipta sejarah sebagai pemain lelaki pertama Malaysia untuk meraih pingat dalam acara Masters lelaki Sukan Asia apabila meraih pingat emas di Pusat Boling Jakabaring, Jakarta, Indonesia. Pemain berusia 21 tahun itu beraksi dengan sabar dan tenang untuk menewaskan juara bertahan Park Jong-woo daripada Korea Selatan 534-511 pada pusingan final stepladder.










