Tanah terbiar 20 ekar terbakar di Lahad Datu - Utusan Malaysia

Tanah terbiar 20 ekar terbakar di Lahad Datu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU – Satu kawasan tanah terbiar seluas 20 ekar berhampiran bandar Ipeak dekat sini yang ditumbuhi lalang terbakar, tengah hari tadi, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Darren John.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 1.34 petang dan sebuah jentera bersama tujuh anggota telah dikejarkan ke lokasi untuk tindakan memadamkannya.

“Pihak kami berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran di kawasan tersebut pada kira-kira pukul 3.29 petang tadi.

“Kebakaran itu mungkin berpunca daripada tindakan individu yang membuang putung rokok ataupun melakukan pembakaran terbuka di kawasan tersebut dan dalam keadaan ketika ini cuaca panas dan kering, perbuatan seperti itu boleh menyebabkan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Darren meminta orang ramai melaporkan segera kepada pihak bomba yang berdekatan jika terlihat kebakaran terbuka bagi mengelakkan api merebak ke kawasan lain. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN