PUTRAJAYA 16 Ogos – Kerajaan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) yang akan dipengerusikan oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman. Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, jawatankuasa khas itu diberikan tempoh dua tahun bagi menyiapkan tugasannya termasuk mengemukakan laporan dan perakuan-perakuan kepada kerajaan untuk diperhalusi dan dilaksanakan. “Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Tan Sri Ab. Rashid iaitu bekas…








