Syed Saddiq tidak setuju Dr. Ilyani dikenakan tindakan - Utusan Malaysia

Syed Saddiq tidak setuju Dr. Ilyani dikenakan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak bersetuju sekiranya pegawai perubatan, Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang bertugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dikenakan tindakan kerana menyuarakan pandangannya berkenaan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Syed Saddiq berkata, sekiranya Nur Ilyani dikenakan tindakan, ini bermakna kebebasannya untuk bersuara telah dinafikan.

“Sekiranya ada tindakan terhadap beliau, saya sendiri secara peribadi akan menentangnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi setakat ini setahu saya belum ada tindakan dikenakan, hanya aduan. Jadi saya berharap Dr. Ilyani tidak dikenakan tindakan. Dalam Malaysia Baharu ini semua pihak berhak bersuara,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan sesi perjumpaan dengan kepemimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN