Sultan Nazrin solat Aidiladha di Masjid Negeri - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin solat Aidiladha di Masjid Negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 22 Ogos – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri) di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keberangkatan baginda diiringi oleh Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah dan Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti.

Hadir sama Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Gazali Jalal serta beberapa exco kerajaan negeri.

Selesai takbir, Sultan Nazrin menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,000 jemaah di masjid berkenaan.

Baginda kemudian mendengar khutbah bertajuk ‘Pengorbanan Menurut Perintah Allah’ yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Abdul Farid Salleh serta bersalam dengan orang ramai sebelum berangkat pulang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN