Sultan Ibrahim perkenan penubuhan Universiti Johor - Utusan Malaysia

Sultan Ibrahim perkenan penubuhan Universiti Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 16 Ogos – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah memperkenankan penubuhan Universiti Johor.

PENGERUSI Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan
PENGERUSI Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, susulan itu pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada 24 Julai lalu.

“Kertas asas perancangan Universiti Johor telah pun dibentangkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Tinggi dan wakil menteri pada 6 Ogos lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maklum balas positif diperoleh dan semua pihak sangat komited untuk membantu kerajaan negeri dalam merealisasikan Universiti Johor,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar.

Aminolhuda berkata, Universiti Johor akan memperkenalkan konsep menggabungkan kerjasama universiti, industri, kerajaan dan komuniti supaya graduan yang dilahirkan memenuhi kehendak industri, kerajaan dan komuniti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN