Sukma: Keutamaan warga Perak berniaga - Utusan Malaysia

Sukma: Keutamaan warga Perak berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 9 Ogos – Peluang akan diberikan kepada semua pihak untuk berniaga semasa penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2018 bulan depan dengan mengutamakan orang tempatan dan tidak terbatas kepada warga negeri ini sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi berkata, tapak-tapak perniagaan yang disediakan di setiap lokasi penganjuran Sukma bagaima­napun adalah terbatas, justeru menyaksikan persaingan tinggi.

“Saya juga ada menerima beberapa petisyen dan rungutan daripada kumpulan anak-anak muda yang menyatakan ketidakpuasan kerana tidak mendapat tapak, namun kita akan cuba memuaskan hati semua pihak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk penganjuran Sukma, kita kena faham, walaupun Perak menjadi tuan rumah, tidak bermakna peluang perniagaan itu dibataskan kepada orang-orang Perak, kena bagi peluang kepada semua pihak tetapi keutamaan diberikan kepada peniaga tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Salbiah Mohamed (BN-Temengor) yang bertanyakan sama ada ruang diberikan untuk ke­terlibatan anak muda berniaga sewaktu Sukma dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Asmuni ber­kata, pihaknya sememang­nya menggalakkan anak muda yang telah menghabiskan pe­ngajian di peringkat universiti untuk meneroka peluang baharu dalam bidang perniagaan, namun tertakluk kepada batas-batas perundangan yang perlu dipatuhi.

Namun katanya, tapak-tapak yang digunakan untuk berniaga haruslah tidak mengganggu orang awam walaupun ia berada di lokasi strategik.

“Kita juga akan meneruskan dasar-dasar yang baik oleh kerajaan terdahulu dalam dasar pembangunan usahawan sedia ada dan mana-mana yang perlu diperbaiki, kita akan perbaiki kerana rakyat yang akan me­nerima manfaat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×