Sukan Asia 2018: Malaysia benam Thailand, 10-0 - Utusan Malaysia

Sukan Asia 2018: Malaysia benam Thailand, 10-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Skuad hoki lelaki negara meneruskan rentak kemenangan dalam Sukan Asia 2018 selepas menang selesa 10-0 ke atas Thailand pada aksi kedua kumpulan B di Padang Hoki Gelora Bung Karno di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut diraih skuad Malaysian Tigers setelah membelasah Kazakhstan 16-2 pada aksi pembukaan, Isnin lepas.

Pada aksi hari ini, Malaysia selesa mendahului 6-0 pada babak pertama perlawanan hasil jaringan Meor Azuan Hassan pada minit keenam, Faizal Saari (18′), Firhan Ashari (19′), Muhammad Razie Abdul Rahim (20′), Azri Hassan (27′) dan Muhammad Shahril Saabah, selang seminit kemudian.

Sebaik sahaja perlawanan bersambung, Malaysia terus menggandakan serangan dan berjaya menambah empat lagi gol menerusi Amirol Aideed Arshad pada minit ke-36, Muhammad Shahril (39′), Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil pada minit ke-43, sebelum Fitri Saari pada minit ke-57.

Ketua Jurulatih Hoki Negara, Stephen Van Huizen selepas perlawanan itu berkata, beliau gembira dengan kemenangan mudah ini tetapi mengingatkan pemainnya untuk tidak mengambil ringan terhadap tiga perlawanan peringkat kumpulan selepas ini iaitu Bangladesh, Pakistan dan Oman. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN