JAKARTA – Pemain perseorangan lelaki, Liew Daren mempunyai ramuan tersendiri untuk mengatasi juara dunia, Kento Momota pada aksi pertama acara badminton berpasukan Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang berdepan Jepun di Istora Senayan, esok. Daren yang dipilih pada saat akhir menggantikan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei yang mengalami masalah pernafasan berkata beliau sudah membuat penilaian menjelang aksi itu untuk memastikan mata pertama menjadi milik skuad negara. Pemain berusia 31 tahun itu…










