Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 10 Zulhijah dalam takwim Islam adalah hari menyempurnakan ibadah korban oleh umat Islam di seluruh dunia. Seperti Hari Raya Aidilfitri, umat Islam juga disunatkan menunaikan solat sunat Aidiladha dan mendengar khutbah. Allah berfirman dalam surah al-Kauthar ayat 2 yang bermaksud: “Maka bersolatlah untuk Tuhan-Mu dan lakukanlah korban”. Aldiladha diraikan dengan penuh kesyukuran di seluruh dunia. Jika umat Islam di Malaysia lazimnya menunaikan solat sunat…










