SEBERANG PERAI – Seorang wanita mati dipercayai ditetak suaminya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian pertengkaran di kediaman mereka Taman Merbau Indah, Butterworth di sini kira-kira pukul 5 pagi semalam. Mangsa berketurunan India berusia 26 tahun itu ditemui pasukan polis dalam keadaan terlentang, lengkap berpakaian dan ditutupi dengan cadar. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada suami mangsa mengenai kejadian…










