SPR tambah 29 lagi saluran mengundi PRK DUN Balakong - Utusan Malaysia

SPR tambah 29 lagi saluran mengundi PRK DUN Balakong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah 29 saluran mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, pada 8 September ini.

Pegawai pengurus PRK DUN Balakong, Datuk Rosli Othman berkata, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan saluran mengundi di 17 pusat mengundi ialah 129 berbanding 100 saluran mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Penambahan ini bertujuan memberi keselesaan kepada pengundi yang akan hadir mengundi selain mengelakkan tempoh menunggu yang panjang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga dapat memberi peluang bagi lebih ramai pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya pada sesi taklimat kepada petugas media di Pusat Penamaan Calon PRK DUN Balakong, Dewan Utama Demense, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat di sini hari ini. 

Katanya, waktu mengundi turut dilanjutkan sehingga 5.30 petang pada 8 Sept bagi menggalakkan orang ramai pergi mengundi. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN