WELLINGTON, New Zealand – Tiga adik-beradik terkejut selepas menemui bangkai seekor sotong gergasi sepanjang 4.2 meter yang terdampar di tepi pantai di sini baru-baru ini.
“Kami tidak menyangka itu rupa-rupanya seekor sotong. Ia sangat besar dan memiliki sesungut yang terlalu panjang. Kami tidak pernah melihat sotong sebesar ini,” kata Jack.
Mereka kemudian membuat keputusan menghubungi Institut Air dan Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan (NIWA) kerana percaya haiwan marin itu merupakan sejenis sotong luar biasa.
Seorang jurucakap agensi itu menyifatkan penemuan tersebut suatu yang pelik kerana ia merupakan sejenis spesies sotong gergasi yang jarang ditemui.
Bagaimanapun, pihaknya akan melakukan penyelidikan lanjut bagi memastikan spesies sebenar haiwan krustasia tersebut. – Agensi











