SOSMA tetap dimansuhkan - Peguam Negara - Utusan Malaysia

SOSMA tetap dimansuhkan – Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan dimansuhkan seperti yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Memuatkan artikel berkaitan…

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, walaupun terdapat bantahan berhubung pemansuhan tersebut, namun ia perlu dilakukan memandangkan undang-undang tersebut bertentangan dengan prinsip kebebasan dan keadilan sejagat.

“Undang-undang ini akan dimansuhkan tetapi banyak yang perlu dilakukan kerana perubahan perlu mengambil masa.

“Perkara ini juga perlu dilakukan dengan cermat,” katanya ketika menjadi panel forum bertajuk Status Reformasi Institusi Selepas 100 Hari anjuran Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) dan Persatuan Alumni London School of Economics Malaysia di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini