CHONGQING 18 Ogos – Seorang artis tempatan, He Yuhong menjadi tular dalam media sosial apabila berjaya mengubah wajahnya menyerupai selebriti terkenal antarabangsa hanya dengan menggunakan mekap. Antara selebriti tersebut ialah Marilyn Monroe, Audrey Hepburn dan Cristiano Ronaldo. Wanita berusia 27 tahun itu memuat naik video transformasi mekapnya dan menarik satu juta pengikut menerusi platform video dan muzik popular, TikTok. “Sukar untuk melakukan mekap jenis ini kerana seperti sebuah lukisan. Saya…