Suasana di ruang medan selera Angsana Johor Bahru Mall, Johor pada tengah hari itu bingit dikelilingi lautan manusia yang sedang mendapatkan juadah untuk makan tengah hari. Dalam deretan gerai yang menyajikan pelbagai jenis masakan itu, gerai kedua yang terletak di bahagian penjuru kiri itu paling mendapat perhatian pengunjung. Rata-rata pengunjung tertunduk-tunduk sambil khusyuk menikmati hidangan popular negeri Johor iaitu mi rebus Haji Wahid. Ironinya, gerai yang menyajikan hidangan popular seakan-akan…










