Komitmen staf bukan akademik untuk turut menyumbang kepada inovasi universiti telah ditunjukkan melalui penghasilan inovasi Skytider oleh Kumpulan Langit Putra, iaitu Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) yang ditubuhkan daripada gabungan dua entiti bawah Putra Science Park (PSP) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM. Kerja memasang dan menurunkan gegantung luaran (out door bunting) pada tiang lampu setiap kali program dijalankan disekitar UPM sering mengundang kesukaran dan risiko kepada…










