JAKARTA 25 Ogos – Malaysia pasti menambah satu lagi pingat emas dan pingat perak menerusi skuasy individu selepas Datuk Nicol David dan S. Sivasangari mengesahkan tempat di final Sukan Asia 2018, hari ini. Aksi di Pusat Skuasy Gelora Bung Karno, di sini menyaksikan ratu skuasy negara, Nicol berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keempat berturut-turutnya di temasya itu selepas menundukkan Dipika Pallikal Khartik 11-7, 11-9, 11-6. Dalam satu…










