JAKARTA – Skuad skuasy wanita kebangsaan gagal dalam usaha mempertahankan pingat emas pada Sukan Asia Jakarta – Palembang 2018 setelah tewas mengejut 0-2 kepada India pada perlawanan separuh akhir acara berpasukan di Pusat Skuasy Gelora Bung Karno, di sini hari ini. Keputusan itu menyaksikan Malaysia sekadar meraih pingat gangsa. Mengikut format pertandingan, pasukan yang tewas pada separuh akhir secara automatik meraih gangsa. Pada perlawanan hari ini, ratu skuasy negara Datuk…










