JAKARTA – Malaysia hanya tinggal selangkah lagi untuk mara ke peringkat separuh akhir acara hoki lelaki di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selepas menumpaskan Bangladesh 7-0 dalam perlawanan ketiga Kumpulan B di padang hoki Gelora Bung Karno, di sini hari ini. Kemenangan ketiga berturut-turut yang dicatatkan anak buah Stephen Van Huizen menyaksikan mereka berada di tangga teratas Kumpulan B dengan sembilan mata. Pada aksi hari ini, Malaysia bermula dengan sempurna…










