Skuad bola baling wanita kecundang kepada tuan rumah - Utusan Malaysia

Skuad bola baling wanita kecundang kepada tuan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Seperti kategori lelaki, skuad bola baling wanita negara turut mengikut jejak langkah mereka apabila tewas dengan 12-23 kepada tuan rumah Indonesia dalam aksi pembukaan Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, sebentar tadi.

Sukan Asia 2018

Saingan di Gelora Popki Cibubur, Jawa timur itu menyaksikan tuan rumah selesa mendahului 12-9 pada separuh masa pertama sebelum menambah 11 mata berbanding Malaysia lima mata di babak kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad wanita, yang diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand dan Hong Kong akan berdepan pemenang pingat perak edisi lalu, Jepun pada Ahad ini pukul 3 petang waktu Malaysia.

Sementara itu, skuad lelaki negara pula bakal membuat perhitungan kedua menentang tempat keempat pada Sukan Asia 2014 Incheon, Iran dalam Kumpulan A esok pukul 12 tengah hari waktu Malaysia.

Acara bola baling Sukan Asia telah membuka tirainya sejak semalam dan akan berakhir pada 31 Ogos.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN