Skuad B-23 tewas kepada Jepun - Utusan Malaysia

Skuad B-23 tewas kepada Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 24 Ogos – Perjalanan skuad bawah 23 tahun negara (B-23) di Sukan Asia 2018 terhenti di pusingan kalah mati selepas tewas 0-1 ketika pertemuan menentang Jepun di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi, dekat sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jaringan penalti Ayase Ueda pada penghujung perlawanan meranapkan impian skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk mara ke suku akhir.

Dalam perlawanan itu, skuad B-23 memiliki banyak peluang untuk mencipta jaringan menerusi serangan balas namun gagal menghasilkan sebarang jaringan termasuk sepakan bebas Safawi Rasid yang berjaya diselamatkan penjaga gawang Jepun, Ryosuke Kojima selain percubaan deras dari luar kotak yang tepat mengenai tiang gol. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini