KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah dilantik bagi mengisi kerusi Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Akademi Seni Dan Warisan (Aswara) bermula 1 Ogos lalu. Penyanyi lagu Segala Perasaan itu berkata, pelantikan yang dilakukan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi itu merupakan satu penghormatan buatnya. Siti, 39, menjelaskan, peluang menduduki kerusi tersebut akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman dalam bidang seni sepanjang…










