Singapura-Malaysia akan umum keputusan bersama bagi RTS, HSR tidak lama lagi - Utusan Malaysia

Singapura-Malaysia akan umum keputusan bersama bagi RTS, HSR tidak lama lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Singapura dan Malaysia akan dapat mengumumkan keputusan bersama mereka mengenai projek Sistem Transit Rapid (RTS) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berada di sini sejak petang semalam (Rabu) dan dipercayai meneruskan perbincangannya dengan Boon Wan mengenai projek-projek tersebut.

Kedua-dua menteri itu kali terakhir bertemu pada 23 Ogos lalu di Kuala Lumpur selepas mengadakan mesyuarat pertama mereka pada 11 Ogos lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertemuan dengan Mohamed Azmin  sentiasa mengujakan, menyumbang saran idea bagaimana untuk mengeratkan lagi hubungan dua hala kita,” demikian catat Boon Wan yang juga merupakan Menteri Penyelaras bagi Infrastruktur Singapura dalam laman Facebook beliau hari ini.

“Banyak yang kita boleh lakukan bersama, bagi manfaat bersama. Beliau adalah seorang pemimpin yang bercita-cita tinggi,” kata Boon Wan dalam catatannya yang turut dikepilkan bersama dua foto beliau dan Mohamed Azmin.

Perbincangan antara Singapura dan Malaysia berhubung permintaan Malaysia untuk menangguhkan projek HSR sejauh 350 kilometer itu yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar raya Singapura sedang berlangsung.

Singapura pada 24 Ogos lalu berkata, Perjanjian Dua Hala HSR masih berkuat kuasa melainkan Singapura dan Malaysia masing-masing bersetuju untuk mengubahnya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini