Anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia mengeluarkan penumpang yang tercedera dari sebuah tren LRT yang terlibat dalam kemalangan pada sesi Latihamal Kecemasan di Stesen Sistem Transit Aliran Ringan Putra Heights hari ini. Bersenariokan suasana cemas tahap tinggi Rapid Rail mengadakan latihan simulasi kecemasan berskala besar melibatkan pelbagai agensi tindakan kecemasan atau ‘Emergency Response Authorities’ (ERA). Rapid Rail mengadakan latihan ini bertujuan bagi memastikan kakitangan mereka sentiasa bersedia dengan tindakan kecemasan masing-masing…










